Rabu, 20 Julai 2011

Kerja oh Kerja.......

Assalamualaikum,


Bib..bib...hp berbunyi "Salam sayang, bgn tahjud"....pagi-pagi dapat sms pemangkin untuk bangun pagi...Semoga Allah sentiasa melindungi penghantar sms itu...Seperti biasa..bangkit dari tilam yang empuk untuk ke bilik air...lepas tu solat tahjud terus ke subuh..lepas subuh terus mengabai Juz Ama untuk hafalan surah yang masih merangkak-rangkak. Teringat akan kejadian semlm di Masjid, excited sangat bila adik-adik yang menuntut ilmu dapat menghafal dengan baik. Ini menjadi faktor pemangkin untuk meningkatkan lagi hafalan yang bak kereta yang rosak...kejap hidup kejap mati...


Sini bukan nak cite pasal tu sangat...sebenarnya, hari ini hati ini masih dalam rs kecewa dan masih tidak mendapat terima hakikat tidak dapat menghadiri perkongsian insan yang dikagumi itu...itu semua kerja punya pasal...namun hari ini ada peningkatan sbb pagi ini tangan ini mampu menghantar sms "maaf tidak dpt membantu untuk jadi ajk pgrm ini"..yg sememangnya susah untuk dibuat sebenarnya..akhirnya mampu jugak untuk mengatakan yg dipendam....ketika menaip sms itu teringat penyelasan seorg "akh" pg pagi td. Katanya ...


"Kelaghaan membawa kepada pengewapan, Lagha dalam perkara mubah, membawa kepada amal makhruh,
Hilang sifat wara - sukakan perkara sunat, bencikan perkara syubhat. Amal soleh menurun dengan meningkatnya amal lagha.

Kemaksiatan membawa kepada pemejalwapan,Tok, lebih drastik. Hilang nilai Islam sebagai pembenteng bila dia bermaksiat. Akhlak terpuji terus lenyap - dulu seorang kader yang hebat, solid, tapi bila bermaksiat - sifat solid kader itu memejalwap. Hal ini jarang berlaku, tapi tidak mustahil."


Mungkin ini antara usaha untuk mengekalkan biah solehah ini. Semoga Allah sentiasa membantu hamba yang lemah ini. Dilema dalam diri antara kehendak dan kerja...kekdg banyak program tidak dapat pergi dek kerana tuntutan kerja...cemburu rasa dalam hati sbb akhwat lain byk pgrm yang mampu diikuti, banyak ilmu yang mampu diperolehi..namun apa daya nya ya...if tuntutan kerja...so entah lah sampai bila nak rasa cm ni..semoga hati ini sentiasa redha dgn apa yg ditetapkan ke atas nya. Kesian adik-adik, begitu bersemangat untuk hadir ke perkongsian dan program tersebut namun, tidak diketahuinya kakak ini tidak dapat menghadirkan diri. Namun, terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu untuk tidak menganggu mood mereka. Adik-adik..."Semoga Allah ikatkan hati-hati kita untuk bersama di jalan ini dan istiqomah di jalan ini.

Dah tengahari dan nak masuk waktu zohor dah.....nak g solat dan rehat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan