Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....syukur kepada Allah subhannallah taala kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Setelah berkursus dan menziarahi suami di Semenanjung selama seminggu agak letih dan penat rasanya. Setiap kali berpisah sayu sungguh hati ini. Sampai bilakah akan bertahan seperti ini? Namun teringat akan ayat kalam Allah (2:286) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dan (kebajikan) yang dikerjakannya den mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya." Setidak-tidaknya perasaan sedih dan sayu pada ketika ini mampu ditepis apabila memikirkan ganjaran bagi bersabar atas ujian kehidupan ini.
Kehidupan sebagai "pegawai makan gaji" ini bukanlah semudah di sangka. Ada tika sibuknya mengalahkan menteri. Tapi rasa-rasa macam selalu sangat macam itu. Lagi-lagi bila sudah berumahtangga, masa dirasakan begitu singkat. Bangun pagi untuk tahajud dan solat subuh. Jika sempat siapkan sarapan pagi, sambil-sambil bersiap untuk ke pejabat. Apabila sampai ke pejabat, suami keseorangan di rumah. Mujur beliau memahami keadaan isteri yang bekerjaya. Balik tengahari untuk solat zohor dan masak tengahari untuk suami. Ada tika memasak dengan tudung dan baju kerja. Selesai masak temankan suami makan selepas itu terus kembali ke pejabat. Masa dihabiskan sehingga jam 5 petang. Terus kembali ke rumah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Itulah rutinnya apabila bekerja dan berumahtangga.
Namun jika diteliti, adakah itu sahaja peranan kita di atas muka bumi ini? Teringat akan perkongsian ilmu bersama seorang "akh" ini. Allah ciptakan kita diatas muka bumi ini untuk dua tujuan iaitu sebagai khalifah di atas muka bumi dan beribadah kepadanya. Ini selari dengan ayat di dalam kalam Allah iaitu (52:56) "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-ku" dan (2:30) "Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyusikan nama-Mu?"Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Mungkin sedikit peringatan untuk manfaat bersama. Waallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan