Khamis, 28 Julai 2011

Tarbiyah~~~~

Assalamualaikum semua, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kita,

Tarbiyah...perkataan yang 4 tahun dahulu baru dikenali. Sebelum itu mmg tak pernah dengar. Tarbiyahlah banyak mengajar erti hakikat kehidupan sebagai muslimah, kenal agama, mendalami sunnah rasulullah, mengenalinya, dan berusaha untuk mendekati sang Pencipta. Jika nak diceritakan pengalaman sebagai anak jati Sarawak ini, boleh menitiskan air mata bila dikenang bagaimana pengamalan dan penghayatan orang muslim di sini terhadap islam.

Baru-baru ini banyak berkomunikasi dengan adik-adik Sarawakian yang alhamdulillah berusaha untuk memperbaiki diri. Namun, jauh di sudut hatiku berbisik..bersediakah adik2 ini berkorban, bersediakah untuk berhadapan dengan tekanan? Tekanan ini bukanlah kerana islam mahupun tarbiyah namun datangnya dari keadaan masyarakat dan budaya kebiasaan yang berbeza. Cuba bayangkan sekiranya sebelum ini dengan tidak pakai tudung..tetiba pakai tudung..orang keliling akan mula bercakap2...malah ada yg kata "kamek nak tangga berapa lamak kitak bertahan pakei tudung"...which is bukanlah kata2 merangsang untuk terus bertudung. Itu bagi yang tidak bertudung nak bertudung. 1001 macam yang akan dilalui bila nak berubah ni. Bagi yang berjaya, ditepis semua itu semata-mata untuk mengapai redha Allah namun bagi yang lemah maka sebaliknya lah yang berlaku. Kekadang kita cenderung untuk lebih mencari redha manusia namun mengabaikan redha Allah. Sedangkan sepatutnya kita ni, hidup di atas muka bumi Allah ini sebagai hambanya, tapi bila dah mula berjaya dan berkuasa maka kita lupa akan hakikat sebenarnya kehidupan kita ini.

Fenomena di pejabat, bila iman tiada dalam diri maka macam-macam boleh berlaku spt isteri berskandal dengan suami orang, jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, mengejar2 pangkat...semua nak naik pangkat cepat, naik gaji cepat tak kisah dengan apa cara sekalipun, walaupun lepas tu bermasam muka. Ya Allah....sedarlah yang kehidupan ini matlamatnya hanya 2 je...syurga atau pun neraka..itu sahaja.. yang kekadang kita lupa. Inilah perlunya tarbiyah, hanya dengan tarbiyah jiwa kita dididik untuk rendah diri, sentiasa ingat dosa pahala, sentiasa bermuhasabah diri, sentiasa berusaha untuk mencari redha Allah. Maka, kemungkaran di atas muka bumi Allah ini dapat dikurangkan. Sedarlah semakin banyak kuasa kita maka semakin banyak yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Janganlah kemungkaran di atas muka bumi Allah ini berlaku atas tangan-tangan kita, idea-idea kita dan kudrat kita. Kekadang rasa mcm nak nangis je nak jelaskan kat adik-adik luar sana yang sekali-kali jauhkan diri dari tarbiyah. Usia yang muda ini manfaatlah sebaiknya. Manfaatkan potensi diri untuk islam.

Sekadar luahan di petang hari. Semoga Allah lindungi kita dan sentiasa memberi petunjuk kepada kita untuk istoqamah dalam tarbiyah ini.

3:11pm ~tintaku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan